setiap rasa.....setiap cerita......sebalik aturannye ckup indah.....

setiap rasa....setiap cerita....sebalik aturannye, ckup INDAH....

Saturday, September 7, 2013

Nikmatnya Perpisahan Insan ‘Bercouple’

Assalamualaikum....
Tertarik dengan petikan yang sy baca dari I LUV ISLAM...
Sama2 kite renungkan....
“Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa ‘clash’ dengan dia..”
“Kenapa pulak?”
“Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah.”
“Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..”
Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.
Ya.. begitulah.. memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber’couple’, iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.
Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih.
Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber’couple’. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.
Itu barulah ‘saling menyayangi’ namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?
tumblr_mn6uwsupj71qapk2qo1_500
Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber’couple’ itu terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point, ber’couple’ (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya ‘kehilangan’ atau perpisahan. Kerana ‘kehilangan’ atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.
Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman;
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah ayat 216)
“Biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia.”
Marilah sama-sama kita renungkan… belum tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. Kita ‘bercouple’ bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa kita menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.
Jika pasangan kita itu ditakdirkan menjadi suami atau isteri kita, keindahan yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun ‘suprise’ yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi perkara biasa kepada kita.
Kesimpulannya, serahkan lah hati kita kepada Allah. Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk Allah SWT. Biarkan Allah temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang lain, yang mana hati itu juga turut mencintai Allah. Yakinlah, jika kita menghiaskan hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta yang hadir itu sentiasa mekar dan tidak akan layu. Malah cinta itu pasti kekal sentiasa kerana sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal.

Amalan Doa Nabi Daud

Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga doa Nabi Daud A.s ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah SWT sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhlukNya.
doa2
“ Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.”
(Hadis riwayat At-Tarmizi)
Rasulullah SAW bersabda, “Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s.”

p/s: semoga saya juga termasuk di dalam golongan2 org yang disayangi Allah...dan dilindungi olehNYA selalu...

Thursday, August 15, 2013

welcome BACK !!!

Assalamualaikum....

Okayyy...tetibe rase mcm nk update blog pulakkk..hihihii... pdahal before ni rase mlas gilerrr....cian blog di biarkan bersendirian dan kesepian...smpai nk bukak pn mls...*ade org ckp...kalo mls xde ubat..*.hahahhaa.....
Ok..now..da x malas...so...mmg btul...da x perlu ubat pun sbb x pernah pn ambik ubat tuk jd rajin..kikikiii....

Tetibe rase cm byk nye nk tulis...n nk update cite2 yg da berlaku sepanjang beberape bulan ni...kuikuikui....semangat pulak aihhh....ok2...sabar2....satu2 yeaaa...hahahahaa....*feeling wonderful gituuuu* kekekekeke.....

Ini lah di katakan perjalanan dn kehidupan kan...macam2 hal...macam2 kisah...n macam2 cerita....even dalam shari pn...ade je ceritanya...hihihi...hikmah di sebalik perjalanan la kot...inshaaAllah...

Kalo dulu...dunia belajar...belajar...n belajar jeeee....n pk nk abis cepat....hihiii... tapi sekarang berada di dunia len da...dunia kerjaaaaaa.....oh maiiiii....

Banyak beza rupenye kannnn...dlu belajar ramai sgt kwan2 keliling pinggang...ade je mase n tman nk gossip...hahaha...tapi skrggg...kwn2 sume da jauh....nk gosip2 cm dlu da x mmpu...sbb masing2 bz bekerjaya katenyeee....hikhikhik...
Owhhhh my budddiezzzz...i misss u alllll so muchhhhhh....:'(  :'(
Nanti kite sume jmpe yeaaaa.....jnji n pasti!!!

Dunia belajar memang mencabar...tapi dengan berkat sabar...usaha n terus kuatkan semangat..mmpu jgk habiskan pembelajaran itu yaaa...tup tup da konvooo...hihiii...(ok kite tgk gmbr konvo dlu) wink wink...

merekalah kekuatanku dn semngatku...luv u all!!


ni la kngan terakhir belajar..hihii...sbb lpas ni da mls nk smbung blajar lg..kuikuikui...






 hepi sgt2...sbb mereka ade untuk sy...dan setiap yang berlaku adalah kenangan paling indah yg x kan sy lupakan selagi jantung ini masih berdenyut....=)=)=)

Okayyyy...cukup dlu mood berkonvo...hihii...nti smbung cite len plak...publish yg ni dlu laaa...hahahha...sbb nti kalo pnjng2 sgt...byak benooo merapu nyeee...hikhikhik...


last but not least.....knape nk update blog : sbb rase hati hidup!!! ecececceeehhhhh

Sekian....

Friday, March 8, 2013

PERJALANAN....

Bismillahhirrahmannirrahim...

Perjalanan hidup ini sesungguhnya tidak akan sepi tanpa sebarang dugaan dan cabaran kan...
Setiap antara kita pasti punyai cabaran yang berbeza antara satu sama lain...
Biarpun pedih dan sakit kite mmpu hadapi...kerna Allah telah mngatakan bahawa...Dia tidak akn menguji hambanya melebihi dari ape yg hambanya mmpu tanggung....

Kisah aku dan kamu berbeza...aku tabik dengan cara kamu selasaikan masalah kamu dengan dia...sungguh menunjukkn kamu sudah matang wahai adikku...=)

Biarpun kisah ku amat pedih...tapi itulah yang mendewasakan ku dan mematangkan ku menilai sehingga ke hari ini...mgkin 3 tahun adalah tempoh yang singkat atau tidak...tapi...pengalaman lalu yang mengajar aku erti hakikat sebuah kehidupan. 


notaperjalanan: belajar la dari kesilapan dan pengalaman lalu..yang bisa mematangkan kita..^_^

Thursday, January 17, 2013

~~percaya~~

percaya pada pernyataan....
jika kita memudahkan kerja org lain..
nescaya Allah akan lebih permudahkan lagi kerja kita...
terima kasih ya Allah...

percaya pada kekuatan diri...
percaya pada jalan yg telah tertulis...


S.E.K.I.A.N

itu sajee....^_^